Pages

Friday, November 25, 2011

Guru SMT Kuala Lumpur menjadi kerahan pengetua

Saya mewakili guru-guru SMT Kuala Lumpur ingin mengemukakan aduan di atas pentadbiran SMT Kuala Lumpur di bawah pengetua yang semakin melampau dan menekan kami para guru-guru dan memperlakukan kami seolah-olah kuli di sekolah.

Bermula kira-kira sebulan lebih yang lepas kami telah dikerah dan diperah untuk memastikan sekolah mendapat PENSIJILAN 5S yang mana merupakan KPI PENGARAH BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL, sekiranya kami gagal mendapat sijil tersebut, maka pengarah tidak akan dapat naik pangkat! Wajarkah begitu?


Bagi mencapai cita-cita orang atasan tersebut, maka kami telah dipaksa bekerja siag dan malam, setiap Sabtu dan Ahad di minta datang ke sekolah dan sekiranya tidak patuh NAMA GURU-GURU TERBABIT AKAN DIPANJANGKAN KEPADA TIMBALAN PENGARAH BPTV. PENGETUA CEMERLANG kam tanpa langsung bertimbang rasa memberi arahan ‘WAJIB’ untuk kami semua dalam apa jua yang dikehendakinya.

Lebih malang lagi, guru yang sakit dan baru sahaja keluar wad pun dipanggil ke sekolah dengan alasan bengkel xkemas dan tidak memenuhi syarat 5S. Guru-guru yang keluar kerana menjadi pengawas peperiksaan SPM pun dipanggil balik ke sekolah. Keadaan ini amat menekankan kami dan menyebabkan kami terasa seolah-olah tidak ubah seperti kuli, diperas, diugut dan dimarah di dalam meeting seperti budak-budak.

Untuk mendapatkan sijil 5S itu bukanlah mustahil, namun biarlah ia dijalankan secara sistematik dan tersusun.Dengan perancangan dan kerjasama yang baik.Kami diberi masa 2 bulan untuk memenuhi kriteria 5S sedangkan terdapat sekolah yang telah 2 tahun melaksanakannya pun masih tidak mampu untuk mendapat sijil tersebut.

Malahan SEK.MEN.TEKNIK KLANG sendiri telah memulakan langkah untuk memperoleh sijil tersebut sejak bulan Mac lagi, namun masih banyak yang perlu diperbaiki.Masakan kami diberi tempoh 2 bulan ditambah dengan kerja akhir tahun yang berbagai lagi..

Kerahan tersebut terlalu melampau dan menyebabkan kami amat tertekan dan keluarga kami terabai dengan tindakan pihak sekolah..Dan amat menyedihkan pelajar-pelajar yang perlu diberi perhatian di saat akhir menjelang SPM terabai kerana guru-guru dikerah membuat kerja-kerja tersebut..Dimanakah keutamaan sekolah sebenarnya????Memenuhi KPI PENGARAH atau melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya??

By: ARIM
Source: http://www.aduanrakyat.com.my/guru-smt-kuala-lumpur-menjadi-kerahan-pengetua

No comments:

Post a Comment