Pages

Sunday, October 30, 2011

The power of waiting...

Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan, No. Rujukan : KPKPM 232757/No. Tiket: 09012 bertarikh 23hb Oktober, 2011 berkaitan dengan penempatan bagi calon lepasan B. Ed. TESL.

Untuk makluman, bagi calon-calon Lepasan B. Ed. TESL akan diberikan penempatan oleh pihak KPM dan penempatan adalah tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan opsyen.

Walaubagaimanapun, buat masa ini masih tiada sebarang tarikh yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk semakan penempatan bagi calon lepasan B. Ed. TESL Ambilan Julai 2005 akan dikeluarkan. Keputusan semakan tersebut akan dikeluarkan melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/ . Calon-calon yang berjaya menerima penempatan kelak akan dimaklumkan berkenaan dengan tarikh mula menjalankan tugas.

Oleh yang demikian, adalah disarankan agar melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa seperti capaian di atas untuk mendapatkan maklumat dan pemberitahuan terkini berkaitan dengan keputusan penempatan calon Lepasan B. Ed. TESL tersebut.

Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bahawa calon lepasan B. Ed. TESL hanya akan menduduki temuduga SPP selepas diberikan penempatan. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang perubahan atau pindaan baru, pihak KPM akan mengumumkan secara rasmi melalui laman sesawang KPM di capaian seperti diatas. Calon juga diingatkan agar tidak mendengar sebarang khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM.

Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

ZAINULAKMAL BIN DARUS
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Utama
www.moe.gov.my

1 comment:

  1. "Sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bahawa calon lepasan B. Ed. TESL hanya akan menduduki temuduga SPP selepas diberikan penempatan" - name under SPP interview dy but still no news for posting... "£$%!*"£"$

    ReplyDelete